Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Widget Atas Posting

Dukung kami

Apa itu PayPal?

PayPal adalah salah satu alat pembayaran menggunakan internet untuk membuat pembelian online atau menerima duit. PayPal banyak digunakan untuk urusan jual-beli dan dijamin selamat. Selamat yang dimaksudkan adalah tanpa perlu mendedahkan nombor kad kredit atau maklumat kewangan kita.

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Beberapa kelebihan menggunakan PayPal
  1. Cepat - pembayaran dibuat serta-merta
  2. Privasi - PayPal tidak mendedahkan maklumat kewangan kepada penjual.
  3. Global - PayPal diterima hampir kesemua negara di dunia ini, ia juga boleh digunakan untuk membuat bayaran pada peringkat tempatan ataupun antarabangsa.
  4. Mudah - Menghantar wang / Membuat pembayaran dengan hanya berberapa klik sahaja.
  5. Dipercayai - Mengetuai dalam industi membasmi penipuan kad kredit dalam menjaga keselamatan data pelanggan.
  6. Keberkesanan - Ianya adalah percuma untuk menghantar wang, dan PayPal sesuai digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan.
Cara Mendaftar

1. Daftar kat http://www.paypal.com. Klik Sign Up now

2. Pilih negara (country) dan klik Start Now dibahagian Premier

3. Isi borang dan pastkan maklumat yang diisi betul. Bagi bahagian Primary Currency kekalkan dalam US Dollar. Setelah lengkap, klik Sign Up.

4. Isikan maklumat kad debit atau kad kredit. Jika tiada kad kredit, batalkan (cancel) dan isi kemudian setalah ada kad kredit.

5. Setelah klik cancel, tertera laman seperti dibawah. Lihat kat emel yang telah dihantar dan klik link yang diberikan pada emel untuk aktifkan akaun paypal.

6. Buka emel dan akaun paypal

Kat emel ada link yang diberikan dan klik link tersebut.

7. Pada laman web paypal, http://www.paypal.com masukkan password dan klik confirm.

8. Sahkan emel dan klik Continue

Akan tertera seperti gambar di bawah :

Akan bersambung kemudian untuk menunjukkan bagaimana mengaktifkan kad kredit/kad debit.

Posting Komentar untuk "Apa itu PayPal?"