Setting email domain untuk send di GMail
Bersambung semula post sebelum ini di mana Dekan menerangkan berkenaan cara setting email domain sendiri dan menggunakannya bersama dengan email Yahoo!Mail anda,
berikut pula ialah cara untuk setting penghantaran email domain sendiri
di Google Mail atau GMail pula. Cara ini memudahkan anda untuk tidak
perlu membuka email domain-domain tersebut bagi menghantar email, cuma
perlukan satu email sahaja iaitu GMail.
Ikuti langkah demi langkah yang mudah berikut:
1. Login ke akaun Gmail anda di http://mail.google.com2. Klik pada ikon ‘Setting’. Ikon ni bentuk seperti gear tu. Kemudian klik ‘Settings’ seperti dalam gambarajah di bawah.

3. Klik pada tab ‘Accounts and Import’, dan pada row ‘Send mail as’, klik ‘Add another email address you own’.

4. Satu popup akan muncul. Masukkan nama
anda dan email domain anda yang akan anda gunakan untuk menghantar
melalui Gmail ini. Kemudian, klik ‘Next Step’.

5. Pilih opsyen sama ada untuk menggunakan
SMTP Gmail atau server anda sendiri. Dekan cadangkan gunakan server
GMail sahaja. Tandakan ‘Send through Gmail (easier to set up)’ dan klik
‘Next Step’.

6. Kemudian, klik ‘Send Verification’. Satu email akan dihantar kepada email domain anda untuk disahkan.

7. Buka email di domain anda dan baca email daripada Google. Kemudian, ada mempunyai dua opsyen.
i. Klik pada link yang diberikan Atau
ii. Masukkan kod seperti dalam email ke dalam popup tadi
i. Klik pada link yang diberikan Atau
ii. Masukkan kod seperti dalam email ke dalam popup tadi

8. Jika anda memilih untuk memasukkan kod, masukkannya ke dalam popup tadi, dan klik ‘Verify’.

9. Anda akan dibawa ke tab yang asal.
Perhatikan email domain anda telah diwujudkan. Pastikan anda menanda
‘Reply from the same address the message was sent to’ sebelum klik ‘Save
Setting’.

10. Akhir sekali, cuba anda ‘Compose’
email anda. Akan wujud satu opsyen From. Dan anda boleh pilih sama ada
email GMail anda, mahupun email daripada domain lain anda.

Selamat Mencuba.
